Resepi Chocolate Souffle Cheese Cake

Salam sejahtera buat semua...

Hari ni rajin sikit buat kek. Buat chocolate souffle cheesecake pula kali ni. Memang terlajak sedapp yooo!!! Sendiri buat sendiri puji, tak malu betul kan, haha..

Tekstur kek ni agak moist & nyaman bila dimakan. Rasa coklatnya amat terasa. My kids pun cakap sedap kek ni. Saya guna dark chocolate untuk resepi ini, tapi kalau nak guna milk chocolate pun boleh tak ada masalah.
Resepi Chocolate Souffle Cheese Cake

Resepi ini saya olah dari resepi Green tea souffle cheesecake yang pernah saya cuba dahulu. Alhamdulillah menjadi dengan sempurna & sedap sekali.

Kepada kawan2 yang dah terliur tu bolehlah mencuba sendiri ya, inshaallah dijamin sedap :)
Resepi Chocolate Souffle Cheese Cake

Chocolate souffle cheesecake


Bahan2nya:
A
  • 200g dark chocolate
  • 230g cream cheese
  • 100g susu segar
  • 30g butter

B
  • 35g tepung gandum
  • 35g tepung jagung

C
  • 5 biji kuning telur

D
  • 6 biji putih telur
  • 120g gula kastor
  • 1/4 sk cream of tar2


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A & masak guna kaedah double boil hingga sebati tidak berketul-ketul.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur bersama cream of tar2 hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan coklat. Kaup balikkan. Masukkan lagi 1/2 adunan & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, biar seketika baru diterbalikkan atas wire rack. Sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap