Resepi Classic New York CheeseCake

Assalam & selamat petang buat semua...

Apa menu minum petang hari ini??? Hari ni saya ber'menu' kan cheesecake. Amboii menambah koleksi lemak sekali-sekala apa salahnya kan, hihi.

Lama tak bake cheesecake, teringin pulak...

Resepi Classic New York CheeseCake
Kali ni saya pilih nak buat New York Cheesecake versi yang agak classic. Tektur yang lebih berkrim, lembut & menggunakan campuran biskut  untuk 'crust'nya.

Resepi ini diadaptasi dari resepi Rich New York CheeseCake by Chef Alex Goh yang pernah saya cuba pada entri terdahulu. Resepi yang dijamin sedap & inshaallah menjadi.

Saya  lebih suka crust cheesecake yang rangup & bertekstur bila digigit. Tidaklah rasa bosan bila memakannya kan. Fillingnya pula haruslah berkrim & not overbaked.

Ya overbaked....bukan senang untuk hasilkan perfect cheesecake bukan??? Cheesecake yang dimasak dengan sempurna bila siap dibakar tepi2nya sudah mengeras tetapi bila loyang digoyangkan sedikit bahagian tengah kek masih agak 'sof't' but not 'runny'.

Resepi Classic New York CheeseCake
Jangan risau cheesecake masih belum masak, matikan saja oven & biarkan cheesecake dalamnya selama 1 jam, buka pintu oven sedikit. Sejukkan sepenuhnya & simpan dalam peti sejuk semalaman. Inshaallah, esok cheesecake akan jadi magic, tengahnya akan mengeras & teksturnya lebih berkrim. Cheesecake ini boleh dibakar tanpa menggunakan kaedah steam-bath cuma saya pilih untuk 'steam-bath'kan sebab suhu oven saya agak tinggi, takut kek cepat hangus. Sila ikut tahap kepanasan oven masing2 k.

Sebelum memotong cheesecake pula, pastikan pisau direndam dalam air panas terlebih dahulu & lap kering baru digunakan. Kalau tidak nanti jadi 'Cheesecake Crime Scene', hihihi.
Resepi Classic New York CheeseCake

So kepada yang teringin nak mencuba resepi ini, jangan lupa sedikit sebanyak tips saya tu, selamat mencuba :)

Classic New York cheesecake

Crust:
  • 80g digestives biscuits, dikisar halus
  • 70g vanila waffer, dikisar halus
  • 70g almond flakes, dikisar halus
  • 40g mentega, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1.  Satukan semua bahan crust & kacau rata. Tekan dalam loyang springform bersaiz 9 inci. Ratakan pada dasar & tepinya lebih kurang 1 1/2 inci tinggi.

2. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar selama 10 minit atau hingga warnanya bertukar keemasan. Jika memilih untuk membakar tanpa kaedah steam-bath, skipkan langkah ini. Tutup & sejukkan sahaja crust sehingga sedia untuk digunakan.


Cheesecake:
A
  • 750g cream cheese
  • 150g gula

B
  • 3 biji telur, gred A

C
  • 30g tepung
  • 2 sk esen vanila

D
  • 200g sour cream

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul rata.

2. Kemudian, masukkan pula bahan C, pukul rata lagi.

3. Masukkan bahan D, pukul sebati. Tuang atas crust tadi & bakar selama 1 jam 30 minit atau hingga kek masak. Bergantung kepada tahap kepanasan oven.

4. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam dengan pintunya dibuka sedikit. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk semalaman.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap

Resepi Biskut Batang Buruk Nestum