Resepi Durian Cotton Cake Sangat Sedap

Assalamualaikum & selamat petang buat semua...

Musim durian sudah mari kan?? Hah kawan2 semua nak tahu, hari2 dessert saya ada durian, hahaha. Semalam makan durian lava cheesecake, pastu buat lagi durian cotton cheesecake ni. Siapa tak suka durian, memang pengsannn sekejap...
Resepi Durian Cotton Cake

Lama juga saya tunggu musim durian ni, dah lama sebenarnya musim tapi harga bukan main mahaalll...tunggu harga murah sikit baru saya beli, tu pun bukan murah tau. Beli 3 biji saiz kecil durian sultan harga sampai RM90...nak juga isi yang manis beli sajalah..kalau Musang King memang tak dapatlah harga memang kaw2 mahal, tak jalan bisnes nanti, hahaha.

Tapi memang berbaloi beli durian yang isinya manis, buat apa2 dessert atau menu pun semua puas hati. Lagi2 buat kek, tekstur yang cottony..fuhhh i'm speechless....kek pun tak dapat nak posing sebijik sebab dah kena potong semalam, tak sabar punya kes..hihi.

Resepi Durian Cotton Cake
Well, hari ni saya tak boleh nak cerita lama2 sebab bateri laptop dah nak weak, malas nak caj..haha...so kita terus saja ke bab resepi...

Kepada yang dah tergoda tu bolehlah mencuba resepi ini k...

Selamat mencuba semua...

Durian Cotton Cake


Bahan2nya:
A
  • 220g cream cheese
  • 50g minyak jagung
  • 60g susu segar

B (diayak)
  • 60g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • Secubit garam

C
  • 6 biji kuning telur, gred A
  • 1/2 sk esen vanila

D (diblend)
  • 80g isi durian
  • 60g susu segar

E
  • 6 biji putih telur
  • 140g gula kaster
  • 1/2 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 A dalam bekas tahan panas. Masak hingga cheese mencair & tidak berketul-ketul guna kaedah double boil.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C & D yang telah diblend halus, gaul sebati.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan E hingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk (soft peak).

5. Satukan adunan putih telur kedalam adunan kuning telur + durian (langkah 3) tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah steam-bath selama 45minit atau hingga kek masak pada suhu 160C. Biarkan kek merenggang pada tepi2 dahulu baru terbalikkan atas wire rack. Sejukkan kek sepenuhnya baru dipotong.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap