Resepi Fruity Cream Layer Cake

Assalam & selamat malam buat semua...

Tengah2 malam ni nak tayang kek dulu boleh kan? hehe. Buat penyegar mata yang dah ngantok tu. Rajin datang nak abiskan balance buah mangga, sayang kalau jadi lembik sebab dah masak ranum. Tapi kan terlebih rajin pulak pergi beli buah strawberi & kiwi untuk ditambah dalam kek ni. Dah lama saya tak buat kek ni. Teringin pulak.

Resepi Fruity Cream Layer Cake
Memang saya suka sangat dengan kek ni, sedap & menyegarkan dengan buah-buahan potong dalamnya tu. Saya pernah sharekan resepinya dulu disini & disini. Cuma kali ni saya tambahkan buah strawberi, jadilah namanya fruity :)

Resepi Fruity Cream Layer Cake
Ikutkan hati nak saja makan banyak2 kek ni. Tapi teringat esok ada ujian MGTT diklinik, tak pasal2 gula tinggi nanti, hehe. Sabar jelah, sekarang pun dah kena puasa tak boleh nak makan apa2 sampai esok, huhuhu.

Well, kepada yang dah terliur tu, bolehlah mencuba sendiri resepi kek ini...Selamat mencuba semua.

Fruity Cream Layer Cake


Kek span vanilla:
A
  • 4 biji kuning telur
  • 40g gula kaster

B
  • 2 sb susu segar
  • 56g minyak jagung

C
  • 1/2 sk esen vanila
  • 80g tepung superfine, diayak
  • 1/2 sk baking powder, diayak

D
  • 4 biji putih telur
  • 80g gula kaster
  • 1/4 sk cream of tartar
 
Cara2 membuat kek span:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati, warnanya bertukar kuning pucat selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan terus kedalam bahan A yang dipukul tadi (langkah 2), gaul guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul lagi hingga sebati.

5. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.


Fruity Mousse Filling:

  • 1 1/2 sk gelatin
  • 3sb air
  • 400ml whipping cream
  • 70g gula kaster
  • 2 sb esen vanila
  • Mangga, strawberi & kiwi secukupnya, potong dadu
Resepi Fruity Cream Layer Cake

Cara2 membuat mousse:
1. Satukan gelatin bersama dengan air. Biarkan sebentar hingga kembang. Cairkan guna double boiler atau masukkan dalam microwave selama beberapa saat hingga mencair..

2. Pukul whipping cream bersama gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadi, pukul hingga bertanduk.

3. Gaulkan perlahan2 mangga, strawberi & kiwi yang dipotong kiub kedalam aduanan mousse tadi. Ketepikan.


Topping:
  • 250g whipped cream, pukul hingga pekat & bertanduk

Cara2 menyusun kek:
1. Potong sponge kek tadi kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Kemudian, letakkan lapisan yang kedua, sapu lagi filling atasnya. Letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tutup atas cake ring guna plastic wrap, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga mousse mengeras.

3. Keluarkan kek dari kek ring, sapukan kemas whipped cream keseluruhan kek, hias ikut kreativiti. Sejukkan lagi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap

Resepi Biskut Batang Buruk Nestum