Resepi Kek Lumut Cheese Sedap

Resepi Kek Lumut Cheese
Serius sedapppp kek lumut ni...ditambah pulak dengan lapisan cheese, ehemmm berketul-ketul masuk mulut, hehe.

Sebelum ni pernah try buat Kek Lumut, tapi saya bakar dalam oven guna kaedah steambath sebab loyang empatsegi tak muat dalam pengukus. Kali ni pun saya masak kek lumut ni guna kaedah steambath. Alhamdulillah sedap & lembut saja...

Resepi kek lumut kali ni saya ikut resepi dayang jack & lapisan cheesenya pula resepi olahan sendiri. Kepada yang teringin nak mencuba, bolehlah ikut resepi dibawah k. Selamat mencuba semua...

Kek Lumut Cheese


Kek:
A
  • 250g pure butter, saya guna tatura
  • 150g gula kaster

B
  • 4 biji telur

C
  • 80g susu pekat
  • 80g serikaya

D
  • 150g horlicks
  • 130g tepung gandum/tepung kek

E
  • 1 sb pandan paste
  • 1 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus atau oven (api bawah sahaja) pada suhu 150C.

3. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu.

4. Masukkan pula C, pukul rata.

5. Kemudian, masukkan bahan D berselang-seli. Masukkan pula bahan E. Pukul rata.

6. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan. Kukus hingga masak selama 2 jam atau bakar dalam oven guna kaedah steambath selama 1 jam.


Adunan Cheese:
A
500g cream cheese

B
250g susu pekat

C
2 biji telur
11/2 sk esen vanila

D
2 sb tepung gandum

Cara2 membuatnya:
 
1. Pukul bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B. Pukul lagi.

2. Masukkan bahan C & pukul rata. Akhir sekali masukkan bahan D, pukul hingga sebati.

3. Keluarkan kek dari pengukus atau oven. Tuang adunan cheese atas kek. Kukus semula atau bakar semula selama 1 jam pada suhu 150C. Bila kek masak biarkan sejuk sepenuhnya dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru dipotong.

resepi kek lumut cheese ini sangat mudah kan, selamat mencuba.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap